BAB 2
Tiga tahun lalu....
NAMPAKNYA , aku dah terlambat untuk ke kelas. Dengan pantasnya , aku berlari anak . Ahh! Masa nie aku peduli apa orang nak tengok . Biarlah. Yang lari tu aku , yang lambatnya tu pun aku! Bukan mereka. Jadi hiraukan
Aku hampir - hampir terlewat masuk 'lecture hall' . Hmm.. lagi 10 minit awal sebelum pembelajaran dimulakan. Kira lambat la juga tu. Nasiblah prof belum masuk lagi. Kalau tak...Nahas aku.
Sebaik aku mengambil tempat, tiba - tiba aku rasa macam ada orang mencuit bahuku.Segeraku menoleh, ingin mengetahui gerangan siapakah yang mencuitku.
"Hei ! excuse me! I'm Ira, Nur Syaznira Amylia .From Malaysia.And you??"
Soalnya.Hah ! Malaysia?asal tak reti cakap bahasa ibunda , melayu apa?
"Err..Hai! I'm Risya , Nur Erisya Syakila. I'm from Malaysia too."
"Oh yeah??". Soalnya dalam nada dan reaksinya yang terkejut.
"Maaflah saya ingatkan awak dari Arab ke Indon ke Acheh ke.Maaf ye".
Dia meminta maaf atas ketelanjurannya padaku sebentar tadi . Oh patutlah speaking! Dia ingat aku orang timur tengah atau orang seberang. Ada ke patut? haha
"Eh.. eh tak pe."Balasku dengan senyuman yang paling manis buatnya.
'hmm adalah juga aku kawan macam ni.'Bisik hati kecilku sambil tersenyum.
"Err.. Malaysia kat mana ??".Soalnya ingin tahu.
"Kuala Lumpur.Kat Puchong." Balasku.
"Oh. Hmm awak panggil saya Ira saje boleh ? ." Seraya itu Ira mengambil tempat di sebelahku.
"Oh. Baiklah kalau macam itu saya panggil awak Ira saje. Bolehkan? hehe." Balasku sambil senyum tersipu - sipu . Sengajalah katakan. Nak mengusik.
Saturday 11 June 2011
Wednesday 8 June 2011
kasih seharum,secantik freesias by me,nurnadila :)
Hari ini nampaknya cuaca sangat baik sekali . Tiada tanda - tanda bahawa hujan akan turun di atas muka bumi negara yang mengalami iklim 4 musim , United Kingdom ini. Langit cerah membiru , ditemani tompokan - tompokan awan putih. Angin sepoi - sepoi bahasa . Sesekali menampar lembut pipiku . Pemandangan di sini sungguh mendamaikan dan menenangkan .
Bagiku sesiapa yang rasa dirinya dilanda 'stress' atau dalam bahasa melayunya 'tekanan' , bolehlah datang ke sini . Kalau hendak melancong pun boleh kerana tempat ini sungguh menarik , begitu juga kepada pasangan yang merancang untuk berbulan madu..
"Risya!" .
Perhatianku yang 'khusyuk' mengamati ciptaan Allah S.W.T dan melihat karenah pelbagai manusia di hadapanku sedikit terganggu , apabila terdengar namaku dipanggil dari jauh . Bukanku tidak kenal siapa pemilik suara itu. Tetapi aku sengaja buat 'dunno jer' .
"Oit! Nur Erisya Syakila anak pak cik Armaan!".
Kedengaran pemilik suara itu memanggilku lagi. Siap sebut nama penuhku lagi. Tapi nasib dialah hari ini. Aku sengaja memekakkan telingaku ini.
"Adoi!".
Aku terjerit kecil kerana terkejut dan terasa sakitnya apabila pemilik suara tadi mencubitku. Walaupun cubitan yang diberinya di lenganku tidaklah terasa peritnya, tetapi sakitnya adalah juga. Cubit manja - manjalah katakan.
"Ira apa ni? .Sakit tahu tak ?!".Kataku dalam nada berpura - pura marah.
"Hah! padan muka kau! . Tu la lain kali kalau orang panggil jawab ye , dear?". Balasnya .Seraya itu mengambil tempat di sisiku.
"Ye lah . ye lah. Kau menang . Tapikan, lain kali kalau nak cubit orang sangat pun slow - slowlah sikit .Eh kejap tadi kau kata padanlah dengan muka aku?. Muka aku padan apa. Hehe ". Balasku mempertahankan diri, walaupun ku tahu salahku. Padanlah muka aku. Orang panggil buat tak tahu lagi. Kan dah kena!
"Aik. Kejap! mana kau tahu aku ada dekat sini? . Kau mengintip aku ye?".
Soalku dengan nada yang serius. Sengaja!. Mengecil anak mataku merenungnya yang berada di sebelahku.
"Banyaklah kau punya mengintip. Macamlah aku ni tak ada kerja lain, takkan nak mengintip kau 24 jam kot! .Uit! apasal kau pandang aku macam tu? tak pecaya ye? assignment yang telah di beri pun aku tak siap lagi. Jenuh aku perah idea aku supaya datang! ni kan pula na mengintip kau. Pengsan aku macam ni!".
Ujar Ira sambil tersengih macam kerang busuk .
Ira atau nama penuhnya Nur Syaznira Amylia anak pak cik eh silap anak Datuk Khairuddin adalah sahabat baikku merangkap teman sebilik dan serumahku di bumi UK. Negara empat musim yang menjadi gelanggang aku dan rakanku yang lain menuntut ilmu.
Suasana kembali sepi. Sama ada aku atau Ira masing - masing melayan diri sendiri. Aku mahupun dia , terdiam tanpa suara. Mungkin dia juga sama seperti aku.. 'homesick..'. Ye lah kalau kau orang pun mesti rindu 'family'kan bila berjauhan macam nie...
********************************************************************************************
"KAU orang jom la makan..hidangan, nasi sume Risya and Ira dah buat.. Jom la.. Perut Risya dah berkeriut dah ni.." Hari ini merupakan tugas aku dan Ira di dapur.
Krukkk!! perutku dah bunyi bape kali da nie?? aishh!! mane la dia orang ni...
"haha!!!" . Satu ketawa terletus dari bibir munggil Ira.
"kesian kau ek? perut sampai dah berbunyi - bunyi... tak pe lah jom kite ajak dia orang"
"Tau pun..cian en... eh tak pe aku yang panggil dia orang ok? kau duk sini. Aku dah tak sabar na makan ni"
"Hmm ok jugak.. bole aku bancuh air..aku buat air coklat panas jela ek?"
"Aku tak kisah ..bila tengah perut krutt cam ni ape pun aku makan."kataku sambil memberikan senyuman yang manis kepadanya.
Aku mengetuk pintu akk Finas , bila aku dengar suara orang di dalam panggil masuk,baru aku masuk...
"Ya Allah...Serabutnyer dah dah Risya kesian tengok akak.. nanti Risya tolong akak kemas lepas kita makan... Kita minum dulu...."
"eh2 tadi cakap makan ,nie minum lak? yang mana satu ni Risya??"
hehehe... aku ketawa. Menyedari kesilapanku cepat2 aku betulkan
"Eh silap la akak jom kita makan dulu..dengar tak perut Risya dah berkruttt...."
Serentak dengan itu tawa akak Syaz dan Ima meledak..hmm Ketawakan aku lah tu...
"Ada- ada aje lah Risya nie". Kata akak Ima.
Akak Ima merupakan rakan sebilik dengan akak Syaz.. dia orang tua setahun dari aku, Ira eh ada lagi tau penghuni rumah ni.. lupa lak na citer. Ika dan Mimi merupakan rakan sebilik dan rakan sejurusan. Manakala aku pulak dalam jurusan Interior Design. Ira pula arkitek..
"Mimi ,Ika jom makan!!". Laung kak Syaz. Akak Ima nie agak pendiam sikit.
"ye..ye..kejap..akak and yang lain makan la dulu.. nanti kami datang"
"Are you sure , darling?"
"Yap".Jawabnya ringkas.
********************************************************************************************
USAI makan kami mengambil tempat di ruang tamu rumah. Menonton tv, nak hilangkan stress la katakan. Aku pula pergi ke luar beranda untuk menghirup angin malam, walaupun aku tahu cuaca di luar dingin, tetapi ku degilkan diri untuk pergi juga.
Angin yang sesekali lalu , datang menampar pipiku dengan lembutnya sekali. Aku mendongak ke atas. Bintang - bintang di dada langit bertebaran. Bulan menyorokkan dirinya di sebalik awan . Hanya cahayanya sahaja yang dapat lihat. Pabila berada dalam keadaan begini, aku teringat akan kali pertama aku pijak ke negara orang ini dan di universiti..
Subscribe to:
Posts (Atom)